AirAsia Bhd hari ini melancarkan penerbangan terus dengan kekerapan empat kali seminggu dari sini ke Kuala Lumpur.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata penerbangan laluan itu bermula 21 Dis, 2017, merupakan perintis bagi komitmen AirAsia untuk Davao pada fasa seterusnya.
"Kami yakin Davao berpotensi menjadi pintu masuk antarabangsa ASEAN ke selatan Filipina, bermula dengan laluan baharu ini ke Kuala Lumpur," katanya semasa pelancaran laluan itu di Persidangan Pelaburan Davao 2017 di sini, hari ini.
Hadir sama Datuk Bandar Davao City, Sara Duterte-Carpio dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Philippines, Kapten Dexter Comendador.
Fernandes berkata, Davao merupakan antara bandar raya pertama yang menerima penerbangan AirAsia apabila syarikat itu memulakan operasi Filipina pada 2012.
"Malah, laluan Clark-Davao, yang dirintis oleh kami, merupakan satu daripada dua laluan sulung apabila kami memulakan AirAsia Philippines lima tahun lepas," katanya.
Davao merupakan laluan penerbangan langsung keempat dari Malaysia ke Filipina selepas Manila, Cebu dan Kalibo yang membawa sejumlah 577,536 penumpang pada 2015 dan 2016.
AirAsia turut menghubungkan penumpang ke bandar-bandar lain di Filipina termasuk Clark, Manila, Caticlan, Kalibo, Tacloban, Palawan, Cebu dan Tagbilaran.
Fernandes berkata, pada 2017 sahaja, AirAsia telah melancarkan penerbangan baharu dari Davao ke Cebu, Palawan dan Boracay selain penerbangan melalui Cebu ke destinasi antarabangsa seperti Singapura, Taipei dan Seoul.
Beliau berkata, AirAsia menyokong penuh pembangunan bandar di luar metropolitan Manila, dan berperanan memajukan pertumbuhan ekonomi selatan Filipina menerusi usaha mempertingkatkan kesambungan dan akses kepada perjalanan udara.
AirAsia dijangka mencatat faktor muatan antara 75 dan 80 peratus bagi laluan baharu itu, katanya.
"Filipina merupakan pasaran besar bagi AirAsia dan boleh membawa kejayaan seterusnya seperti pasaran Thailand.
"Inilah waktu yang sesuai untuk AirAsia Philippines dan AirAsia Indonesia menawarkan tawaran awam awal," katanya.
Fernandes berharap AirAsia Philippines boleh disenaraikan menjelang akhir tahun ini atau suku pertama tahun depan.
Beliau berkata tempoh sekarang merupakan waktu yang tepat untuk syarikat itu berkembang di Filipina di samping dalam keadaan dasar kerajaanya yang mesra dan pembukaan pasaran penerbangan.
Sempena pelancaran itu, AirAsia menawarkan harga tiket termasuk semua mulai RM99 sehala dari Kuala Lumpur ke Davao dan boleh ditempah hari ini sehingga 30 Julai, 2017 bagi tempoh penerbangan 21 Dis, 2017 hingga 28 Ogos, 2018.
Davao City, di pulau Mindanao selatan Filipina, merupakan pusat komersial pinggir laut berhampiranGunung Apo yang memiliki ketinggian 2,954 meter - puncak tertinggi negara itu.
Bandar penting tersebut menawarkan pelbagai persekitaran semula jadi seperti pulau dan pantai, selain tarikan bandar, festival berwarna-warni dan makanan yang lazat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 21 2017
Tan Sri Tony Fernandes berkata penerbangan laluan itu bermula 21 Dis, 2017, merupakan perintis bagi komitmen AirAsia untuk Davao pada fasa seterusnya. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Pergaduhan Piala Belia, FAM ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Belum bincang pengganti Speaker Dewan Negara - Fadillah
Fadillah berkata, pelantikan ke jawatan itu terletak di bawah budi bicara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Geng Bala tumpas, 13 wanita warga asing diselamatkan
Polis menumpaskan sindiket pelacuran, Geng Bala selepas menyelamatkan 13 wanita warga negara asing menerusi lima serbuan berasingan sekitar daerah ini dan Kulai pada 21 April hingga 1 Mei lalu.
Liga Super: KDNFC turunkan harga tiket perlawanan pertama
Kelantan Darul Naim FC (KNDFC) menurunkan harga tiket bagi perlawanan pertama pada Liga Super 2024/25 menentang Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV.
Lori tangki bawa minyak masak terpakai terbabas di Lebuhraya Karak
Lori tangki jenis Volvo itu dalam perjalanan dari Kuantan menuju Pelabuhan Klang.
Monsun Barat Daya dijangka bermula Jumaat, taburan hujan lebih rendah - MetMalaysia
Monsun Barat Daya dijangka bermula Jumaat ini dan akan berterusan hingga September, menyebabkan kebanyakan tempat di seluruh negara mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak.
Keluarga harap proses hantar pulang jasad kru kapal ke Malaysia dipercepat
Keluarga Muhammad Isa Muhammad Veeramohan, 31, kru kapal warga Malaysia yang maut di Bangladesh Rabu lepas, berharap kerajaan membantu percepat penghantaran pulang jenazah.
Pantau Belanjawan 2023: Menjamin kelestarian bandar, dan keselamatan orang ramai
Secara umumnya, statistik kes pokok tumbang menunjukkan peningkatan di seluruh negara. Pada 2021, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melaporkan 3,081 kes dan meningkat kepada 3,358 kejadian pada tahun berikutnya. Bagi tahun 2023 pula, sebanyak 499 kes dilaporkan hanya dalam tempoh Januari hingga Februari.
Perhilitan tangkap gajah liar ganggu penduduk di Dabong
Perhilitan Kelantan menangkap seekor gajah jantan liar yang mengganggu kehidupan penduduk sekali gus memberikan kelegaan di Kampung Kemubu, Dabong di sini pada Isnin.
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Pembatalan penerbangan: AirAsia sedia pilihan kepada penumpang
Bo Lingam berkata penumpang yang ingin melakukan perubahan tempahan secara dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.